مدرسة دارالسلام
MADRASAH DARUSSALAM
Tahfiz Al-Quran
Pengajian Islam
Bahasa Arab
(ke arah membentuk masyarakat berakhlak mulia)
مدرسة دارالسلام
Madrasah Darussalam
Masjid AI-Ehsan,Kariah Bandar, 09100 Baling,Kedah Darul Aman.
Pusat Pengajian AI-Quran dan Fardu Ain
Tel: 013-4844639, 019-3571789 Email: darussalamtaklim@yahoo.com
Madrasah Darussalam
Masjid AI-Ehsan, Kg. Bandar, Baling, Kedah.
Madrasah Darussalam telah ditubuhkan dan didirikan dengan tujuan membina dan membentuk generasi mustakbal, pemuda-pemuda yang menghayatkan kehidupan dan akhlak Rasulullah s.a.w. dan adalah mereka itu hafiz-hafiz al-quran, ulamak dan pembimbing masyarakat yang bijaksana.
Dengan itu, pihak madrasah mengharapkan kerjasama dari semua pihak untuk menjayakan usaha ini dan membantu pemuda-pemuda, yang mana mereka itu adalah anak-anak kita sendiri, mencapai hasrat yang mulia dan besar ini —bantuan dari semua segi — Dari segi doa,moral,galakan,bantuan infrastuktur,fizikal dan bantuan kewangan.
Allah s.w.t. berfirman dalam kitab sucinya, maksudnya:
Barangsiapa yang membuat sesuatu hasanah (kebaikan) baginya sepuluh kali ganda kebaikan (balasan ganjaran untuknya dari Allah). (Al-Anaam, ayat 160)
Cadangan menubuhkan madrasah (pusat pengajian) mengajar Al-Quran , Fardu Ain dan Bahasa Arab, dan yang berkaitan dengan Agama Islam untuk kanak-kanak dan dewasa atas nama Madrasah Darussalam.
Satu jawatankuasa pentadbir madrasah/kelas pengajian telah dibentuk untuk perlaksanaan maksud yang suci ini. Lokasi pusat pengajian madrasah adalah di Masjid Al-Ehsan, Kg. Bandar, Baling, Kedah Darul Aman.
Ini memandangkan di kawasan ini belum ada kelas-kelas agama, dan Al-Quran khasnya di jalankan secara serius di tempat yang khas untuk kanak-kanak dan dewasa, untuk masyarakat Islam tempatan dan lainnya.
Nama Madrasah : Madrasah Darussalam
Tempat : Premis masjid lama Masjid Al-Ehsan, Kg. Bandar,
Baling, Kedah Darul Aman.
Baling, Kedah Darul Aman.
Maksud madrasah : Membina masyarakat Islam, khasnya pemuda-pemuda, yang berilmu, berakhlak baik, bermoral tinggi, bertanggung- jawab dan yang sedia berkhidmat untuk agama, masyarakat dan negara.
bersambung………..
Tenaga Pengajar : 1) Mudir/Guru AI-Quran & B.Arab: Tun Zainal Abdullah
1.Dip. Pengajian Arab, Cairo, Mesir,
2.Tauliah Mengajar Agama Islam, MAIWP PMWP(5)80012/1/00457)
2) Guru Tahfiz: Muhammad Huzaifah b. Isa
(Syahadah Hafazan, Madrasah Miftahul Ulum, K.Lumpur)
(Guru-guru lain ahan dilantih dari masa ke semasa mengikut keadaan dan keperluan)
Yuran 1) Yuran yang berpatutan akan dikenakan untuk setiap kelas dan diguna untuk pembelanjaan kelas.
2) Murid-murid yang miskin tidak dikenakan yuran.
Aktiviti-aktiviti yang dijalankan dan dirancangkan:
1. Kelas Al-Quran dan Fardu Ain untuk dewasa dan kanak-kanak.
Untuk Dewasa
i) kelas lqra
ii) kelas Tajwid
iii) kelas Fardhu Ain
iv) Kelas Bahasa Arab
Untuh kanak-kanak dan Remaja
i) kelas lqra dan Tajwid
ii) kelas Fardhu Ain
iii) kelas Bahasa Arab
2. Kelas Tahfiz
i) Untuk Remaja dan kanak-kanak (secara sepenuh masa dan sambilan.)
ii) Untuk Dewasa (sambilan)
3. Kem lbadat
i) Kem 5mart 5olat
ii) Klinik Cinta Al-Quran dan sunnah Nabi
iii) Kem Tahfiz
iv) Kem Bahasa Arab
(kem ibadat dibuat dari masa ke semasa dan atas permintaan)
4. Program Motivasi
i) Motivasi Akhlak
ii) Motivasi Pelajaran
iii) dan lain-lain.
Dijangkakan supaya para pelajar dapat menghafal Al-Quran dan bertutur dalam Bahasa Arab dalam masa 3 tahun atau kurang insyaallah.
Pengajian melalui kaedah talaqqi, halqah dan muhadharah.
Bilangan Murid
Bilangan murid yang dirancang pengambilannya antara 20-30 orang sahaja, supaya tumpuan dan penjagaan yang baik dan teliti dapat diberikan kepada setiap murid.
Yuran
Hanya yuran makan yang dikenakan iaitu RM 150 sebulan (bagi mereka yang mampu). Bagi golongan fakir miskin diberi percuma.
Seruan Bantuan untuk Madrasah
Dengan ini, segala bantuan dana atau bantuan jenis apa pun fi sabilillah sangat-sangat dialu-alukan. Balasan yang tuan-tuan harap dari Allah s.w.t tidak dapat dikira di dunia yang fana ini. Setiap bantuan yang hendak dihulurkan ke madrasah bolehlah dibuat atas nama:
Darussalam Taklim Centre.
CIMB ISLAMIC no akaun : 1452 – 0000- 234103
Atau melalui mudir madrasah sendiri : 019 — 3571789
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------